Pertandingan Perdagangan Tahunan Bitget KCGI Dilancarkan Dengan Hadiah Terkumpul Bernilai $6 Juta
Pendaftaran kini dibuka untuk salah satu pertandingan perdagangan kripto yang paling mengujakan
VICTORIA, Seychelles, July 11, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, sebuah bursa kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka dunia, secara rasmi telah membuka pendaftaran untuk KCGI 2025, pertandingan perdagangan yang paling dinanti-nantikan tahun ini, dengan jumlah hadiah terkumpul besar bernilai 6 juta USDT, segmen baharu yang menarik serta ganjaran awal yang menjadikan penyertaan awal satu langkah bijak.
Daripada pertempuran pasukan hinggalah ke duel bot, KCGI 2025 bukan sekadar pertandingan — ia satu tontonan hebat. Edisi tahun ini membawa persaingan ke tahap lebih tinggi dengan mod cabaran yang dipertingkatkan, papan pendahulu mengikut rantau serta insentif untuk semua, daripada kapten strategik hinggalah pendatang baharu berkelajuan tinggi. Sama ada anda seorang pro dengan strategi mantap atau seorang pemula yang ingin membuktikan kebolehan, permainan telah bermula. Tempat anda telah tersedia.
“Setiap tahun semasa KCGI, kami menyaksikan para pedagang dari seluruh dunia merancang strategi, bekerjasama dan berinovasi,” kata Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif di Bitget. “Terdapat banyak komuniti dan kerjasama yang tinggi dalam acara ini. KCGI merupakan cara syarikat menunjukkan penghargaan kepada pedagang terbaik kami. Dengan itu, kami teruja untuk memulakan pertandingan tahun ini yang menawarkan hadiah berjumlah 6 juta USDT serta pelbagai cabaran dinamik yang menanti. Kami menjemput komuniti kami untuk memimpin, menang dan membentuk masa depan perdagangan.”
Dana Promosi Bernilai 6 Juta USDT
Dana promosi bernilai 6 juta USDT tahun ini dipenuhi dengan kejutan. Peserta yang menunjukkan prestasi cemerlang berpeluang untuk menikmati pengalaman VIP bersama rakan kongsi Bitget. Antara ganjaran eksklusif termasuk akses hari perlawanan LALIGA, pas litar MotoGP dan hadiah premium lain yang melangkaui jangkaan. Ia bukan semata-mata tentang siapa yang paling hebat berdagang. Ia juga tentang mereka yang berani mengambil risiko besar, memimpin dengan penuh keyakinan dan meraih kemenangan dengan penuh gaya.
KCGI 2025 memperkenalkan empat kategori berisiko tinggi:
- Pertarungan Pasukan – Jalin pakatan, bina pasukan anda dan mara bersama ke puncak kedudukan.
- Pertarungan Salin Perdagangan – Biarkan strategi anda membuktikan kebolehan anda atau ikut serta bersama yang terbaik.
- Pertandingan Dagangan Bot – Cipta kodnya. Lancarkannya. Kuasai carta.
- Arena On-chain – Ujian muktamad kemahiran terdesentralisasi dan gerakan bijak dalam rantaian.
Peserta awal berpeluang menikmati ganjaran eksklusif seperti bonus dagangan, penyertaan dalam cabutan hadiah misteri dan keutamaan untuk menjadi kapten pasukan. Peserta dari lebih 100 negara dijangka akan turut serta. Oleh itu, KCGI kali ini bukan sahaja yang terbesar pernah dianjurkan, malah yang paling mencerminkan semangat global, kerjasama kukuh dan persaingan sengit.
Segmen rasmi Pertarungan Pasukan akan bermula pada 24 Julai, tetapi langkah bijak bermula lebih awal. Pedagang yang mendaftar sekarang bukan sahaja mengesahkan tempat mereka, malah menetapkan nada bagi keseluruhan acara.
Masuk awal. Bina pasukan anda. Kuasai papan pendahulu.
KCGI 2025: Ini bukan sekadar perdagangan, ia merupakan medan pertempuran penuh ganjaran.
Perihal Bitget
Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 120 juta pengguna di lebih daripada 150 buah negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri dagangan salinan perintisnya dan penyelesaian dagangan lain. Bitget turut menawarkan akses masa nyata kepada harga Bitcoin, harga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain.
Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep merupakan dompet kripto tanpa jagaan terkemuka yang menyokong lebih daripada 130 rantai blok dan jutaan token. Ia menawarkan perdagangan berbilang rantaian, pertaruhan, pembayaran dan akses langsung kepada lebih daripada 20,000 DApp, dengan pertukaran termaju serta cerapan pasaran yang disepadukan dalam satu platform tunggal.
Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui kerjasama strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara gusti dunia), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet
Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com
Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa didapatkan dan pengalaman dan kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.
Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/c7165dcd-738c-44c1-a485-b90d3695b922

Legal Disclaimer:
EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.
